NADI Mahir Jahit Intake 3 (Minggu ke-8)
5 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Mac 2026, seramai 5 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Jahit iaitu pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Pada minggu ini, peserta didedahkan dengan teknik menjahit kurung pesak dari awal hingga siap. Mereka belajar cara memotong kain dengan tepat, menyusun pola, dan menjahit bahagian pesak serta kelim dengan kemas. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran menjahit secara praktikal, tetapi juga membantu peserta memahami seni tradisional pakaian melayu, sambil menambah kreativiti dan keyakinan dalam menghasilkan pakaian yang cantik dan kemas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: